Jumaat, 15 Mei 2015

cara menjadi usahawan berjaya

1. MINDSET
Kekuatan minda dan pemikiran yang lebih cenderung kepada kejayaan serta menjadi penyebab utama usahawan untuk berusaha mencari jalan keluar dari masalah dengan solusi yang terbaik. Dengan akal yang cerdas dan cergas ini diaktifkan dalam beberapa siri aktiviti class DutaNaga sebenarnya telah membuka minda yang selama ini mencari solusi terbaik dalam bisnes. Inilah tempat terbaik para usahawan bermula dan mencari 'mindsetting' yang betul kerana dalam bisnes ia bukan kerana semata-mata 'duit' sebaliknya ia adalah tentang 'values' dan 'quality' yang perlu ada di dalam diri setiap usahawan. Bermula dari dalam diri yang menyerlah barulah ia akan dapat menarik umpama magnet yang berkuasa. MINDSET adalah asas yang penting para usahawan jutawan yang kaya jiwa dan harta. Apabila ini berjaya dihayati saya rasa sesiapa yang memulakan perniagaan dan ingin menambah pendapatan ataupun yang telah gagal dalam bisnes dapat berdiri dan bangkit kembali dengan berani untuk mencipta kejayaan baru tanpa batasan !

2. SKILLSET
Skill atau kemahiran sama ada dalam bentuk softskills maupun hardskills juga kami bukakan jalan kepada anda yang ingin menguasai pelbagai kemahiran dalam bisnes termasuklah dari segi strategi pemasaran, jualan, komunikasi, pengurusan, kewangan, branding strategy dan sebagainya. Ini satu skillset yang sepatutnya dimiliki para usahawan tidak kira yang membuat online bisnes maupun offline. Sebagaimana contoh skill jualan memerlukan teknik 'close deal' dan juga 'call-to-action' supaya dapat menghasilkan result jualan yang berkesan. Kami ajarkan juga teknik 'repetition' untuk memukau pelanggan yang merupakan sebahagian aplikasi NLP (neuro linguistic programming) yang sememangnya sedia ada wujud di dalam DutaNaga. Membangunkan skillset umpama membangunkan bisnes berdaya saing, unik dan pelanggan akan bertambah banyak, repeat sales boleh digandakan serta loyalty customer akan hadir secara sendirinya.

3. TOOLSET
Elemen terakhir yang paling ditunggu-tunggu adalah toolset yang mana kami telah bangunkan sebuah 'sistem' di dalam website DutaNaga yang membolehkan anda lihat progress komisen, ahli pasukan (team) dan juga video-video marketing Teknik 7 Naga yang telah diperbaharui silibus terbaik. Ianya adalah alat untuk mendapatkan idea dan ilmu pemasaran zero-cost marketing yang pertama kali dalam Malaysia dengan adanya toolset websiteDutaNaga. Anda boleh review kesemua toolset ini secara ringkas melalui video snapshot di bawah :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan